Page 109 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 109

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


               SPEKTRUM ILMU

               TOKOH TOKOH MAZHAB MALIKI
               1.  Ibnu Rushd
               2.  Al-Imam Al-Qurtubi
               3.  Abu Bakar Ibnu Al-Arabi
               4.  Ibnu Abdul Bar
               5.  Al-Syeikh Al Dusuki

               KESUNGGUHAN IMAM MALIK DALAM MENUNTUT ILMU
               Sanggup berpanas terik dan menahan kesejukan demi menuntut ilmu kerana berpegang pada
               prinsip iaitu seseorang itu tidak akan sampai kepada apa apa yang dihajati daripada ilmunya
               sehingga dia benar-benar sanggup berkorban dalam apa jua keadaan.

               AL-IMAM AL-SYAFI'I

               Nama Penuh             Muhammad Bin Idris al-Syafii
               Tarikh Lahir           150 Hijrah, di Ghazzah
               Tarikh Wafat           204 Hijrah
               Kuniyah                Abu Abdullah
               Keperibadian              Sanggup  tinggal  bersama-sama  dengan  kaum  Arab  badwi  demi
                                          menguasai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Arab .
                                         Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap ilmu .
                                         Berani  menegakkan  kebenaran  ketika  difitnah  oleh  puak  Syiah
                                          dan ketika berdepan dengan khalifah Harun ar-Rashid .
                                         Sangat  pemurah  kepada  fakir  miskin  Walaupun  hidupnya
                                          sederhana tinggi sifat warak dan kuat beribadah.
               Guru Yang Tersohor        Imam Malik Bin Anas
                                         Sufian Bin Uyainah
                                         Muslim Khalid Al-Zanji

               SPEKTRUM ILMU

               TOKOH TOKOH MAZHAB SYAFI'I

               1.  Abu Ma’ali al-Juwaini
               2.  Abu Hamid Al Ghazali
               3.  Abu Ishaq Al Syairazi
               4.  Yahya bin Sharfu an-Nawawi
               5.  Ibnu Hajar al-Haitami

               Kesungguhan Imam Syafi'i Dalam Menuntut Ilmu
               Sanggup  bermusafir  jauh  untuk  berguru  dengan  ramai  tokoh  ilmuwan  yang  terkemuka
               sehingga  ke  Madinah,  Baghdad  dan  Mesir  dalam  masa  yang  lama  semata-mata  kerana
               kecintaan terhadap ilmu









               109 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114