Page 118 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 118
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
SPEKTRUM ILMU
(Surah an-Nur:24, ayat;52)
Maksud
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta takut melanggar perintah Allah
serta bertaqwa kepadaNya, maka mereka itulah orang yang mendapat kemenangan.
HIKMAH KHAUF DAN RAJA’
1. Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan .
2. Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kerana yakin Allah
melihat dan menilai setiap perbuatannya.
3. Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah kerana takut akan
kemurkaan-Nya. Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan kebaikan
supaya mendapat kemanisan Iman .
4. Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-
sungguh.
SPEKTRUM ILMU
………
(Surah al-Hujurat :49, ayat;13)
Maksud:
Sesungguhnya dalam kalangan kamu yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling
bertaqwa Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya.
AKTIVITI
1. Senaraikan cara untuk mendapatkan Khauf dan Raja’ dengan menggunakan COMBO
MAT.
2. Bina peta pemikiran untuk menjelaskan dua cara mengimbangi Khauf dan Raja.’
3. Laksanakan aktiviti SPEAKER CORNER berdasarkan tema Khauf dan Raja’.
4. Alunkan Syair doa taubat.
PAUTAN KOD QR: SYAIR DOA TAUBAT
http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=1941
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud Khauf dan Raja’
2. Nyatakan dalil naqli Khauf dan Raja’
3. Jelaskan contoh Khauf dan Raja’ yang diamalkan oleh rasulullah
4. Terangkan konsep keseimbangan antara Khauf dan Raja’
5. “Dosaku Terlalu Banyak Adakah Allah Akan Mengampuni Aku”.
Bincangkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh remaja dalam gambar di atas
6. Bagaimanakah sifat Khauf dan Raja' melahirkan muslim sejati? Huraikan.
118 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

