Page 121 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 121
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
24 UNIT 2: AKHLAK ISLAMIAH: ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
Dalil Naqli
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksud:
Seorang wanita yang mempunyai kekurangan pada akalnya berkata “Wahai Rasulullah saya
memerlukan pertolongan mu dalam sesuatu urusan”. Rasulullah bersabda: “Wahai ibu
bagaimana caranya untuk aku membantumu”. Lalu Rasulullah SAW meluangkan masanya
sehingga wanita itu dapat menyelesaikan urusannya.
MAKSUD ORANG KURANG UPAYA
Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam
masyarakat dari segi fizikal mental intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya
ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
1. Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan
IBADAH selesa
2. Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadah
1. Memberikan layanan dengan penuh kasih dan sayang terhadap mereka
EMOSI
2. Tidak mengejek dan menghina mereka
1. Memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak
disalahgunakan
FIZIKAL
2. Menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada mereka sesuai dengan
keperluan mereka
HIKMAH BERADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
1. Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat perhatian
dan keistimewaan
2. Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar perpaduan
dapat diwujudkan
3. Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna
4. Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan harian
121 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

