Page 116 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 116
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
23: AKHLAK ISLAMIAH: KHAUF DAN RAJA’
MAKSUD
KHAUF Takutkan kepada kemurkaan dan azab Allah dengan menjauhi segala larangan-
Nya.
RAJA’ Mengharapkan keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya.
DALIL NAQLI KHAUF
……….
(Surah ali-Imran :3, ayat:175)
Maksud:
Maka Janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takut lah kepadaku, Jika kamu memang
orang yang beriman
DALIL NAQLI RAJA’
(Surah as-Sajadah:32, ayat;16)
Maksud:
Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur dan sentiasa berdoa kepada tuhan mereka, dengan
perasaan takut dan serta penuh harap dan mereka mendermakan sebahagian daripada apa
yang kami rezekikan kepada mereka.
SPEKTRUM ILMU
CARA MENDAPATKAN KHAUF
Bergaul dengan ulama dan para Solihin
Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu
Sentiasa bertaubat sentiasa mengingati mati
CARA MENDAPATKAN RAJA’
Bermujahadah menentang hawa nafsu .
Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan istiqamah .
Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah.
CONTOH KHAUF DAN RAJA’ YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW.
CONTOH 1.
Rasulullah mendirikan solat sunat Gerhana matahari dengan khusyuk,
pada sujud terakhir nya baginda menangis kerana berasa takut Allah menurunkan azab
Rasulullah merintih dengan bersabda:
“Wahai Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada aku untuk tidak mengazab
mereka, pada ketika aku ada bersama-sama mereka?. Tuhanku bukankah engkau telah
berjanji kepada aku , untuk tidak mengazab mereka, apabila mereka memohon ampun?.
Sekarang kami sedang memohon ampun kepadaMu”.
(Sunan Abu Daud : Kitab al-Solah)
116 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

