Page 51 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 51
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
10: UNIT 2 :AKIDAH: AL AL JABBAR - ALLAH MAHA BERKUASA
MAKSUD AL-JABBAR:
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah yang maha berkuasa secara mutlak untuk
melakukan segala kehendaknya.
DALIL NAQLI NAMA ALLAH AL JABBAR
Allah berfirman:
(Surah al-Hasyr: 59 ,ayat: 23)
Maksud:
Dialah Allah yang tiada tuhan kecuali dia yang menguasai seluruh alam yang maha suci
Maha sejahtera yang maha melimpahkan keamanan yang maha memelihara keselamatan
yang maha Perkasa yang maha berkuasa yang memiliki segala keagungan maha suci Allah
daripada apa yang mereka persekutukan.
KEFAHAMAN MENGENAI NAMA ALLAH AL JABBAR
1. Allah Memiliki Dan Menguasai Seluruh Alam Semua Makhluk Berada Dalam
Pemerintahan Allah:
Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan bahawa, pada
hari qiamat Allah memegang 7 petala Langit dan bumi dengan kekuasaannya.
Kemudian Allah berfirman dalam hadis qudsi:
(Riwayat Ibnu Majah)
Maksud:
Akulah yang maha Perkasa Di manakah orang yang berkuasa Di manakah orang yang
sombong di dunia dahulu
AMALAN
Antara tasbih yang dibaca oleh Rasulullah dalam rukuk termasuklah:
(Riwayat Ibnu Majah)
Maksud:
Maha suci Allah yang memiliki kekuasaan kerajaan keagungan dan kebesaran
2. Allah Tidak Boleh Dipersoalkan Perbuatannya
Setiap perbuatan Allah mengandungi hikmah yang tersembunyi .
Allah berfirman:
(Surah al-Anbiya:21, ayat:23)
Maksud:
Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang dia lakukan sedang merekalah yang akan
ditanya kelak
51 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

