Page 55 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 55
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
BATAL IMAN DARI PERBUATAN
Melakukan perbuatan atau amalan yang jelas Menunjukkan kekufuran
CONTOH
1. Sujud kepada berhala atau makhluk dengan sengaja.
2. Meletakkan peralatan agama lain dan memberikan penghormatan kepadanya.
3. Melakukan upacara ibadat agama lain.
4. Mengoyak mashaf al-quran atau meletakkan ayat suci al-quran, hadis nabi, nama-nama
Allah dan Rasul, malaikat, dan buku agama di tempat yang tidak sesuai dengan tujuan
menghina atau merendah-rendahkan nya
SYARAT TERBATAL IMAN
1. Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kufur.
2. Mengingkari perkara asas dalam islam seperti perkara yang berkaitan dengan rukun
iman dan rukun islam.
3. Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kufur.
4. Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja dan pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan
SPEKTRUM ILMU
Orang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur hingga boleh mengancam nyawa
dikecualikan daripada hukum kufur atau murtad.
Allah berfirman :
(Surah An-Nahl:16, ayat;106)
Maksud:
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab
Allah) kecuali bagi orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram
dengan iman. Akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka bagi mereka
kemurkaan daripada Allah SWT, dan mereka pula mendapat azab yang besar.
KESAN MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. Rosak segala amalan soleh dan ibadah yang dilakukan.
2. Tidak diampunkan dosanya oleh Allah sekiranya tidak bertaubat dan kembali kepada
Islam.
3. Diharamkan memasuki syurga sebaliknya akan kekal dalam neraka .
4. Hilang hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga Muslim
55 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

