Page 52 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 52

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


               3.  Manusia  Wajib  Bersifat  Merendah  Diri  Kerana  Allah  Akan  Mencampakkan
                   Makhluk Yang Bersikap Takbur Dan Bongkak Ke Dalam Neraka Jahanam

               SPEKTRUM ILMU
               Abu hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:














                                                                                              ( at-Tirmizi)
               Maksud:
               Syurga dan neraka berdialog, syurga berkata “Akan masuk ke dalam ku orang lemah dan para
               miskin”.  Neraka  pula  berkata  ,    “Akan  masuk  ke  dalam  ku,  orang-orang  bengis  dan
               sombong”.  Maka  Allah  berfirman  kepada  neraka,  “Engkau  siksaan  Ku,  Aku  membalas
               denganmu  sesiapa  yang  Aku  mahu”.  Dan  Allah  berfirman  kepada  Syurga,  “Engkau
               rahmatKu, Aku mengasihi denganmu sesiapa yang Aku mahu”.



               AKTIVITI:
               1.  Adakan pertandingan menulis cerpen bertema al-Jabbar.
               2.  Laksanakan  aktiviti  talk  partner  untuk  membincangkan  bukti  Allah  berkuasa  mutlak
                   terhadap semua makhluk

                   Firman allah:

                                                                                                  
                                                                                                
                                                                                        
                                                                                       
                                                                                      
                                                                                
                                                                             
                                                                                      
                                                                                                       
                                                                              (Surah Maryam: 19, ayat:32)
                   Maksud:
                   Serta diperintahkan aku taat dan berbuat baik kepada ibuku dan dia tidak menjadikan aku
                   takbur sombong dan derhaka
                   .
               3.  Berdasarkan Ayat di atas senaraikan perbuatan takbur serta akibatnya terhadap kehidupan
                   masyarakat menggunakan peta pemikiran yang sesuai


               PENILAIAN
               1.  Nyatakan maksud al-Jabbar
               2.  Nyatakan dalil naqli Allah bernama al-Jabbar.
               3.  Terangkan dua kefahaman nama Allah Al-Jabbar.
               4.  “Keimanan  kepada  Allah  al-Jabbar  melahirkan  rasa  gerun  untuk  bersikap
                   sombong”.
                   Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas






               52 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57