Page 74 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 74
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
SPEKTRUM ILMU
Contoh Menyiksa Binatang Sembelihan
Memenggal leher.
Mematahkan kaki.
Mengheret kaki binatang ke tempat sembelihan.
Menajamkan pisau sembelihan di hadapan binatang
HIKMAH SEMBELIHAN DARI SUDUT SYARAK DAN SAINS
1. Membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram supaya ibadah
diterima.
2. Menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan
bakteria yang terdapat dalam darah binatang telah dikeluarkan.
3. Mempercepat proses kematian binatang yang disembelih
SPEKTRUM ILMU
Penggunaan WATER STUNNER dalam proses penyembelihan ayam adalah harus.
Penggunaan ELECTRICAL STUNNING dalam penyembelihan lembu adalah
harus.
(Muzakarah jawatankuasa Fatwa, 1988)
AKTIVITI
1. Laksanakan amali sembelihan
2. Bina peta pemikiran tentang hikmah sembelihan.
3. Laksanakan aktiviti HOT SEAT bagi menceritakan pengalaman murid melaksanakan
sembelihan.
4. Bincangkan hukum dan alasan bagi situasi berikut, secara berkumpulan, melalui carian
Internet, kemudian bentangkan hasil perbincangan anda:
a) Penggunaan rancangan renjatan elektrik terhadap binatang sebelum sembelihan.
b) Penyembelihan dengan menggunakan mesin.
c) Binatang dipukul selepas sembelihan untuk mempercepat kematiannya
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud sembelihan.
2. Nyatakan hukum sembelihan
3. Nyatakan dalil sembelihan
4. Senaraikan rukun sembelihan.
5. Jelaskan syarat sah sembelihan.
6. Jelaskan perkara sunat sembelihan.
7. Jelaskan perkara makruh sembelihan.
8. Terangkan dua hikmah sembelihan.
9. Hjh
Bagaimanakah cara mengatasi masalah di atas? Bincangkan.
74 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

