Page 76 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 76
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
SPEKTRUM ILMU
Al Barra’ bin Azib meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:
(Riwayat Abu Daud)
Maksud:
Tempat jenis binatang cacat yang tidak boleh dijadikan korban binatang yang jelas buta
sebelah yang jelas baru penyakit yang teruk yang jelas tempang nya dan gila
PERKARA SUNAT KORBAN
1. Orang yang berkorban disunatkan tidak bercukur dan memotong kuku pada permulaan
bulan Zulhijjah sehingga selesai berkorban
2. Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri dan tidak mewakili kan kepada orang
lain jika mampu.
3. Melaksanakan segala sunat sembelihan seperti menghadap arah kiblat dan alat
sembelihan yang tajam.
4. Membaca “Bismillahi Allahuakbar” dan Berselawat ke atas Rasulullah SAW ketika
menyembelih.
5. Berdoa semasa hendak menyembelih
Maksud
Ya Allah Binatang ini daripadamu dan kembali kepadaMu terimalah korban ku
TEMPOH MASA PELAKSANAAN KORBAN
TARIKH PELAKSANAAN
1 Zulhijjah Orang yang berkorban makruh bercukur dan memotong kuku
Korban tidak sah dilakukan sebelum 10 Zulhijjah
10 Zulhijjah waktu penyembelihannya Afdal bermula selepas naik matahari selepas
solat sunat Aidil Adha dan dua khutbah
11 Zulhijjah Sunat pelaksanaan korban
12 Zulhijjah Sunat pelaksanaan korban
13 Zulhijjah Sunat pelaksanaan korban
14 Zulhijjjah Korban tidak sah dilakukan selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah
SPEKTRUM ILMU
Apa-apa sahaja daripada bahagian korban tidak dibenarkan untuk diberikan kepada tukang
sembelih sebagai upah
(Al-Imam an-Nawawi: al-Majmuk)
76 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

