Page 77 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 77

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


               PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
                   1/3 Disedekahkan pada kepada fakir miskin
                   1/3 Dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran
                   1/3 Dimakan oleh pihak yang berkorban dan anggota keluarganya

               SPEKTRUM ILMU
                   Agihan daging korban
                    Wajib semua daging korban, bagi korban Nazar disedekahkan kepada fakir miskin
                   Orang yang berkorban haram menjual daging, kulit, lemak susu, kaki, kepala dan bulu
                    binatang korban.

               HIKMAH KORBAN
               1.  Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kepada
                    Allah.
               2.  Menghayati  semangat  pengorbanan  Agung  yang  telah  dilakukan  oleh  Nabi  Ibrahim
                    supaya semangat tersebut menaikkan semangat jihad.
               3.  Mengeratkan  persaudaraan  antara  umat  Islam  kerana  solat  sunat  Aidil  Adha
                    menghimpunkan seluruh umat Islam.
               4.  Tanda bersyukur kepada Allah atas segala nikmat supaya rezeki yang diperoleh sentiasa
                    diberkati

               SPEKTRUM ILMU

               Daripada Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
























                                                                        (Riwayat  Tirmizi dan Ibnu Majah)

               Maksud:
               Amalan  yang dikerjakan oleh anak Adam  yang  paling disukai  oleh Allah pada hari  Aidul
               Adha  ialah  korban.  Sesungguhnya  binatang  yang  dikorbankan  pasti  datang  menemui
               tuhannya pada hari kiamat lengkap dengan tanduk kuku dan bulu  nya.  dan Sesungguhnya
               darah sembelihan qurban itu telah mendapat tempat istimewa di sisi Allah sebelum ia jatuh ke
               tanah. Maka galakkanlah dirimu untuk berkorban.








               77 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82