Page 82 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 82
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
16: UNIT 1: FIKAH: KONSEP MUAMALAT ISLAM
MAKSUD MUAMALAT ISLAM
Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli sewaan simpanan
dan sebagainya
HUKUM MUAMALAT ISLAM : Harus
Dalil Naqli Muamalat Islam:
Allah berfirman:
…….. ……..
(Surah al-Baqarah:2, ayat: 275)
Maksud:
Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
MATLAMAT PENSYARIATAN MUAMALAT DALAM ISLAM
1. Menunjukkan Keadilan Allah dalam mengatur urusan kehidupan manusia
2. Mengiktiraf Pemilikan harta melalui akad yang sah
3. Segala urusan dalam amalan Islam bertepatan dengan matlamat Syariat Islam.
4. Menjaga kepentingan penjual dan pembeli serta penyewa dan pemiliknya.
5. Mendapat keredaan Allah kerana melakukan suruhan Dan meninggalkan larangan dalam
urusan harian
KEPENTINGAN MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN MUAMALAT ISLAM
1. Dalil Naqli Tuntutan Beramal Dengan Muamalat Islam
Allah berfirman:
………..
(Surah An Nisa: 4, ayat:29)
Maksud:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta benda sesama kamu, dengan
jalan yang salah (batil), kecuali dengan perniagaan yang dilakukan, secara saling meredhai
antara kamu.
SPEKTRUM ILMU
al-Batil adalah mana-mana transaksi yang menyalahi syarak.
(Wahbah az-Zuhaily: at-Tafsir Al Munir)
82 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

