Page 81 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 81

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


               SPEKTRUM ILMU
               Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:







                                                                                        (Riwayat Muslim)

               Maksud:
               Sesungguhnya  nama  kalian  yang  paling  dicintai  di  sisi  Allah  ialah  Abdullah  dan  Abdul
               Rahman

               PEMBAHAGIAN DAGING AKIKAH
               1.  Dimasak dengan masak yang manis dan disedekahkan sesudah dimasak.
               2.  Masakan itu Afdhal disedekahkan kepada orang miskin.
               3.  Masakan itu juga sunat dimakan oleh orang yang beraqiqah.

               HIKMAH AKIKAH
               1.  Menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan cahaya mata.
               2.  Menghebahkan berita kelahiran supaya tidak timbul prasangka
               3.  Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bahil

               AKTIVITI
               1.  Melaksanakan  aktiviti  QUICK  QUIZ  yang  menguji  kefahaman  murid  tentang  aqiqah
                   secara lisan.
               2.  Bina peta pemikiran tentang perbandingan antara korban dengan akikah.
               3.  Bincangkan  hukum  dan  alasan  bagi  situasi  berikut,  secara  berkumpulan,  kemudian
                   bentangkan hasil perbincangan anda.
               4.  Memberikan daging aqiqah kepada orang bukan Islam.
               5.  Melaksanakan ibadah Aqiqah tetapi tidak bersedekah dagingnya

               PENILAIAN
               1.  Nyatakan maksud akikah.
               2.  Nyatakan hukum akikah.
               3.  Nyatakan dalil naqli tuntutan aqiqah.
               4.  Terangkan cara pembahagian daging akikah
               5.  Terangkan dua hikmah menunaikan ibadah aqiqah.
               6.  “Hukum akikah merupakan sunat muakkad. Tetapi terdapat ibu bapa yang tidak
                   mampu melaksanakannya sehingga anak telah mencapai usia baligh”.
                   Berikan pandangan anda berkaitan dengan situasi di atas














               81 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86