Page 48 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 48
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Masuk Kelas Menepati Waktu
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa.
2. Kawalan Murid
Kawalan dan disiplin sekolah sangat penting. Semua guru diminta menganggap
bahawa ia adalah tugas kita bersama dan oleh itu perlu memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dalam perkara ini dengan pihak sekolah.
3. Perlakuan Waktu Mengajar
Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas supaya membolehkan
mereka mengawal murid dengan baik dan menyampaikan pengajaran dengan
teratur, apabila mereka mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai
kecuali dengan sebab-sebab kesihatan.
4. Alat Mengajar/ Bahan Sumber
4.1. Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar
dan bahan sumber yang sesuai untuk tujuan melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
4.2. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan
sebagainya hendaklah digunakan di dalam pengajaran.
4.3. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan
alat-alat tersebut. Bahan-bahan yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh
diambil dan disimpan oleh guru-guru sahaja.
5. Alat Sukan
5.1. Semua jenis alatan yang disediakan oleh pihak sekolah perlu diawasi dengan
teliti. Hanya guru dan Ketua Murid/Ketua Pasukan dibenarkan mengambil
alatan itu. Stor alatan perlu dijaga dengan sempurna.
6. Buku Latihan/Buku Nota Murid
6.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid supaya digalakkan
menggunakan buku latihan yang ada dijual di kedai buku sekolah untuk
kegunaan mereka.
6.2 Guru hendaklah mengawasi segala kerja murid supaya dilakukan dengan
bersih, kemas dan teratur.
6.3 Guru-guru akan dikehendaki menghantar buku-buku rampaian dan buku-
buku nota murid ini kepada Guru Besar /Guru Penolong Kanan apabila
diminta.
7. Latihan Bertulis Dan Pemeriksaannya
7.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa
kerap yang mungkin. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di
rumah, guru hendaklah memberikannya.
7.2 Guru juga diminta untuk memberi kerja rumah berbentuk ujian seberapa
kerap yang boleh. Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar
kebolehan dan keupayaan murid.
7.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan
dijalankan secepat yang mungkin dan hendaklah sentiasa kemas kini. Guru-
guru tidak dibenarkan menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih
dari satu minggu di Bilik Guru.
-- 42 --

