Page 44 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 44

30.    Mengajar Luar Waktu Sekolah

                              30.1   Kebenaran  daripada  Guru  Besar/Pengarah  Pendidikan  perlu  diperoleh
                                     terlebih dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah.

                              30.2   Surat siaran JPJ.S.036/Pt.1(18) dan P.A.D 4(1)/(11),12(2)(iv) dan Rules 20
                                     of The Assisted School ( Management) Rules 1962 perlu dirujuk.

                       31     Perhimpunan Sekolah

                              31.1   Pihak  sekolah  mengadakan  perhimpunan  harian  (Isnin–Khamis)  dan
                                     perhimpunan rasmi (Ahad).

                              31.2   Semua  guru  dikehendaki  menghadirinya.  Guru  bertugas  perlu  berada
                                     bersama  murid.  Pengisian  untuk  program  Asahan  Minda  adalah  seperti
                                     berikut:
                                     Isnin:       Bacaan Sifir dan Kosa kata Bahasa Melayu
                                     Selasa:      Kokurikulum/Disiplin/Motivasi
                                     Rabu:        English Day/Learn a word a day/Program NILAM
                                     Khamis:      Ceramah kerohanian/ Bacaan Yasin
                                     Semua pengisian perlulah berakhir selewat-lewatnya jam 7.50 pagi.

                       32.    Mesyuarat Guru-Guru

                              32.1   Dari  masa  ke  masa,  Guru  Besar  akan  memanggil  mesyuarat  guru-guru.
                                     Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru.

                       33.    Mesyuarat Jawatankuasa

                              33.1   Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di
                                     sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil
                                     dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.

                              33.2   Guru  yang  dilantik  menjadi  setiausaha  kepada  sebarang  jawatankuasa,
                                     hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan
                                     kepada Guru Besar dengan kadar segera.

                       34.    Latihan Kebakaran

                              34.1   Arahan  khas  Guru  Besar  mengenai  perkara  ini  mestilah  dipatuhi  dengan
                                     teliti.  Latihan-latihan  mengejut  akan  diadakan  pada  bila-bila  masa  hari
                                     persekolahan.

                              34.2   Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang
                                     terkandung di dalam surat arahan tersebut.


                       35.    Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan  serta  PIBG

                              35.1   Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli kepada
                                     Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah.
                              35.2   Semua guru adalah menjadi ahli PIBG Sekolah  Kebangsaan Durian Burong.






                                                                                                -- 38 --
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49