Page 45 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 45

36.    Lawatan Sambil Belajar

                              36.1   Guru-guru  digalakkan  menganjurkan  lawatan  sambil  belajar  bagi  faedah
                                     murid-murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu
                                     dengan Guru Besar dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Setelah
                                     itu, segala  prosedur mengenainya, seperti mendapatkan  surat kebenaran
                                     dari  ibu  bapa/penjaga  hendaklah  diuruskan  terlebih  dahulu.  Segala  surat
                                     mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar.

                              36.2   Guru-guru  adalah  dilarang  sama  sekali  menganjurkan  lawatan  yang
                                     melibatkan  murid-murid  sekolah,  ataupun  menggunakan  nama  sekolah
                                     tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Guru
                                     Besar  dan  juga  tanpa  mengikut  prosedur  yang  telah  ditetapkan.  Juga
                                     dilarang guru-guru menganjurkan lawatan yang berbentuk berkelah.

                              36.3   Semasa  lawatan  dijalankan  guru-guru  yang  mengiringi  hendaklah
                                     mengawasi dan mengawal murid-murid dengan baik.

                              36.4   Selepas   lawatan,   guru   yang   mengetuai   rombongan   hendaklah
                                     menyampaikan laporan bertulis mengenainya kepada Guru Besar.

                              36.5   Guru-guru  Unit  Beruniform  yang  ingin  membawa  murid-murid  untuk
                                     berkhemah, hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan Guru Besar.


                       37.    Mengiringi Pasukan Sekolah

                              37.1   Guru-guru  yang  mengiringi  pasukan  sekolah  untuk  satu-satu  aktiviti
                                     tertentu, di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan
                                     mengenainya.

                              37.2   Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut,
                                     prosedur  yang  sama  seperti  di  atas  hendaklah  dipatuhi.  Guru  hendaklah
                                     mengawasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka


                       38.    Kepimpinan Melalui Teladan dan Bersih, Cekap dan Amanah

                              38.1   Kedua-dua  cogan  kata  tersebut  adalah  hasrat  dan  harapan  kerajaan
                                     terhadap sikap kakitangannya.

                              38.2   Guru-guru  dikehendaki  memahami,  menghayati  serta  mengamalkan  dan
                                     menjadikannya sebagai panduan.


                       39.    Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

                              39.1   Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati falsafah,
                                     matlamat dan objektif sekolah.

                              39.2   Oleh  itu,  mereka  hendaklah  sama-sama  berusaha  dengan  gigih  demi
                                     membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut
                                     berfungsi dan bermakna.


                       40.    Buku Stok

                              40.1   Mana-mana mata pelajaran dan sebahagian yang perlu mengadakan buku
                                     stok  seperti  Sains,  Kemahiran  Hidup,  Perpustakaan,  Pendidikan  Jasmani,
                                     Sukan dan sebagainya.



                                                                                                -- 39 --
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50