Page 72 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 72
PENGURUSAN JAWATANKUASA HEM
PANDUAN PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID
JAWATANKUASA DISIPLIN
TUGASAN :
1. Membantu guru besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman/denda sekiranya diwakilkan oleh guru besar.
6. Menjadi pegawai hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam
menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sayangkan
sekolah dikalangan murid dan guru.
8. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada GPK HEM serta
kes disiplin yang berat kepada lembaga Disiplin Sekolah.
9. Tentukan calon pengawas baru dicadangkan oleh guru kelas atau guru mata
pelajaran yang mengajar di kelas kelas tersebut dan seboleh-bolehnya mewakili
setiap kelas.
10. Tentukan pemilihan berdasarkan syor-syor atau cadangan Jawatankuasa Lembaga
Disiplin Sekolah.
11. Mengadakan kursus dan Majlis Perlantikan Pemimpin Kecil dan Pengawas Sekolah.
12. Merancang dan mengatur tugasan pengawas sekolah.
13. Mengadakan mesyuarat dan perjumpaan sseberapa kerap yang boleh untuk
mendapatkan laporan (feedback) daripada pengawas dan pemimpin kecil sekolah.
14. Merekodkan setiap kesalahan / denda yang dikenakan ke atas murid dalam borang
disiplin/buku disiplin/ laporan sahsiah.
15. Memastikan peralatan pembesar suara dan kelengkapan untuk perhimpunan
disediakan semasa perhimpunan.
16. Mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling kepada murid yang bermasalah.
17. Menjalankan ujian psikiometrik bagi murid tahun 3 dan 6.
-66-

