Page 76 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 76
Memastikan guru bertugas mengambil markah bagi pertandingan kelas
terbersih/tercantik.
3. Tandas
Murid mesti menggunakan tandas dengan cara yang betul seperti pam selepas
digunakan, tidak membazir air, tidak membuang sampah sewenang-
wenangnya, tidak menconteng dinding tandas dan tidak melakukan sebarang
kerosakan.
4. Kantin
Pengusaha kantin bertanggungjawab memastikan kebersihan makanan,
pinggan mangkuk, pekerja, kerusi meja, lantai, longkang, singki seperti yang
ditegaskan dalam Buku Panduan Kantin Sekolah.
Murid dan semua warga sekolah sama-sama bertanggungjawab menjaga
kebersihan kantin.
5. Pembuangan sampah
Sampah sarap seperti kertas, plastik, sisa makanan dan sebagainya mestilah
dibuang ke dalam tong sampah.
Sampah yang tidak boleh dibakar hendaklah dikumpulkan setempat.
Pastikan tong sampah sentiasa bertutup bagi menghindari dimasuki air hujan
atau binatang seperti kucing atau lalat.
Semua warga sekolah diminta supaya sentiasa mematuhi peraturan, peringatan dan
garis panduan yang diberikan bagi menjamin suasana sekolah yang bersih dan ceria.
JAWATANKUASA KANTIN
TUGASAN:
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian
Pendidikan/Kesihatan.
2. Memastikaan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.
3. Memastikan mutu jualan dan harga jualan berpatutan dan mengikut syarat-syarat
perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
4. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas, dan ceria.
6. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan
mempunyai kad kesihatan yang sah.
7. Memastikan pihak kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
8. Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin memakai apron, tutup kepala
yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
9. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/bekas penutup.
-70-

