Page 110 - Pengenalan baru
P. 110

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti






                                                       JAWAPAN





               Orang kata dugaan berkahwin ni macam-macam. Ada orang dapat

               lelaki malas kerja. Tapi puan dapat pula yang terlebih kerja sampai
               terabai dan teraniaya hati seorang isteri. Sekiranya puan benar-benar

               berhasrat  untuk  keluar  dari  ikatan  perkahwinan,  puan  boleh
               memfailkan tuntutan fasakh atas elemen suami menganiayai.


               Dalam situasi puan ini dikira sebagai suami menganiayai dengan cara

               menjadikan  kehidupan  puan  menderita  secara  fizikal  ataupun
               mental. Dalam situasi ini saya tidak pasti puan telah bertahan berapa

               lama, namun jika dilihat pada umur anak yang 12 tahun, ia sudah
               dapat  menunjukkan  keadaan  puan  yang  teraniaya  dengan  suami
               yang melazimi puan dengan cara sebegitu.



               Bagi mengukuhkan kes puan, puan mestilah dapat membuktikan di
               mahkamah  bukti-bukti  yang  menunjukkan  kehidupan  puan  yang

               menderita  dari  sudut  fizikal  ataupun  mental.  Sekiranya  puan  ada
               rekod  perubatan  ia  adalah  bonus  yang  boleh  dikemukakan  di
               mahkamah.  Mahkamah  sudah  tentu  dapat  mengadili  kes  puan

               dengan sewajarnya.

















               110 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115