Page 107 - Pengenalan baru
P. 107
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
JAWAPAN
Merujuk kes puan terdapat dua kaedah penceraian yang boleh
difailkan oleh puan. Pertama, puan boleh memfailkan tuntutan
pengesahan taklik menggunakan taklik sijil nikah. Ketahuilah
bahawa taklik yang dibacakan oleh suami selepas akad nikah
mempunyai maksud tersendiri yang boleh menjamin hak seorang
isteri.
Puan perlu memfailkan tuntutan tersebut dan cuba menyerahkan
saman tersebut ke alamat terakhir yang diketahui. Kes ini akan
dijalankan secara sebelah pihak disebabkan keberadaan suami yang
tidak diketahui. Puan juga perlu mengemukakan beban bukti yang
menyokong bahawa suami telah meninggalkan puan secara langsung
selama tempoh tersebut.
Selain itu, puan juga boleh memohon penceraian melalui tuntutan
fasakh dengan menggunakan elemen bahawa tempat di
mana beradanya suami telah tidak diketahui selama
tempoh lebih daripada 1 tahun.
Puan tetap perlu mengemukakan beban pembuktian
bagi mengukuhkan kes puan dan selebihnya hakim
akan membuat pertimbangan dan memutuskan
tuntutan puan tersebut.
107 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

