Page 14 - Pengenalan baru
P. 14
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Sesungguhnya Allah telah menjadikan wanita itu pasangan untuk lelaki
dan bukannya hamba yang boleh ditindas sesuka hati. Lelaki dan
perempuan adalah pasangan yang saling melengkapi. Hal ini merujuk
kepada sifat lelaki yang mempunyai fizikal yang kuat, kasar dan tegas,
manakala wanita pula diciptakan dengan mempunyai fizikal yang lemah
tetapi memiliki hati yang tabah.
Dari perbezaan ini akan lahirnya suatu keserasian yang hebat dalam
kehidupan yang berpasangan. Allah S.W.T. telah berfirman yang
bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan
rahmat-Nya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah ar-Rum : 21)
14 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

