Page 16 - Pengenalan baru
P. 16
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB WANITA
(1) Tanggungjawab sebagai hamba Allah
Dalam menjalankan ibadat, perempuan dan lelaki mempunyai
tanggungjawab yang sama. Tugas-tugas ini hanya berbeza dari
beberapa segi bersesuaian dengan kudrat wanita. Contohnya tugas
berjihad di medan perang hanya diserahkan kepada kaum lelaki tetapi
wanita juga boleh turut serta ke medan perang untuk merawat orang
yang sakit serta menyediakan makanan.
(2) Tanggungjawab sebagai isteri
Wanita yang telah berumah tangga wajib mentaati suaminya. Seorang
isteri wajib mentaati dan menunaikan hak suami mereka, sesuai
dengan sabda Rasulullah: “Kalau seandainya aku menyuruh seseorang
sujud kepada seseorang nescaya aku perintahkan seorang isteri
bersujud kepada suaminya”(Al-Hakim)
Sekiranya seorang isteri dapat mentaati suami mereka dengan baik
maka ini bererti mereka telah menunaikan hak suami mereka dan
mereka termasuk dalam golongan wanita-wanita yang solehah.
16 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

