Page 17 - Pengenalan baru
P. 17
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
(3) Tanggungjawab sebagai pemimpin urusan rumah tangga
Mengurus rumah tangga bukanlah mudah. Tugas ini hanya boleh
dilaksanakan dengan sempurna oleh wanita sahaja. Wanita
bertanggungjawab terhadap pengurusan rumah tangga dan sentiasa
berusaha menunaikan tugas dan kewajipan ini dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah telah bersabda: “Semua kamu pengembala dan semua kamu
akan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya…Wanita adalah
pengembala (pemimpin) dalam rumah tangga suaminya dan
bertanggungjawab atas pengurusannya”
(4) Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang
Allah telah menciptakan makhluk dengan tujuan agar masing-masing
dapat menunaikan fungsi kejadiannya mengikut ketentuan yang
ditetapkan. Wanita telah dikurniakan kemampuan dan kesabaran yang
tinggi untuk mendidik anak-anak. Oleh sebab itu, memberikan
pendidikan kepada anak-anak adalah salah satu tanggungjawab
terbesar bagi wanita. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Islam
telah memberikan kesempatan yang secukupnya kepada wanita untuk
menunaikan tanggungjawabnya.
17 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

