Page 24 - Pengenalan baru
P. 24
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
…Nak kata akak ni teruk sangat perangai, takde lah. Akak dah usaha
duduk rumah sendiri. Rumah sewa pun semua akak bayar. Tapi dia buat
juga (menagih dadah). Macam mana kita nak tahan..
(Husna, 34)
Ganja dan heroin adalah yang paling popular. Apa
yang mengejutkan, ramai bakal isteri sudah tahu
bakal suami mereka adalah seorang ‘drug addict’.
Namun, mereka berfikiran bahawa suami akan berubah jika berkahwin.
Percayalah, jika sekali seseorang itu merasai nikmatnya dadah, amat
sukar untuk dia melupakannya.
Bayangkan jika suami gian dengan dadah, apa akan jadi pada keluarga?
Tentunya diabaikan. Maka apabila diabaikan, isteri akan menuntut
cerai.
7. Curang dengan Pasangan
Curang masih lagi sesuatu yang ‘taboo’. Jika membincangkan perkara
‘discreet’ hubungan suami orang dengan isteri orang,
ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Tergamak
pasangan melakukan perkara keji tersebut?
24 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

