Page 27 - Pengenalan baru
P. 27
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
10. Faktor Masalah Seksualiti
…maksud saya, tak da nafsu kat dia…
(Iqbal, 42
…Sekarang, masalah paling jelas; 9 tahun saya berkahwin dengan dia,
masalah batin dialah. Memang tak boleh langsung…
(Zurah, 29)
Mengikut Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2011, masalah
seksual adalah antara punca perceraian tertinggi di Selangor. Ini diakui
oleh Lembaga Pembangunan, Penduduk, Perancangan dan Keluarga
Negara yang mengatakan bahawa masalah
seksualiti dalam kalangan pasangan di
Malaysia merupakan punca perceraian.
Masalah seksual tersebut adalah seperti pra
ejukulasi dan mati pucuk. Masalah seksual
yang serius dan tidak dirawat boleh
menyebabkan perceraian berlaku dalam rumahtangga.
Hubungan hambar disebabkan kurang keinginan seks sama ada
daripada pihak suami atau isteri, isteri berasa bosan kerana suami cepat
klimaks setiap kali bersama, ketiadaan zuriat, suami mati pucuk, isteri
27 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

