Page 29 - Pengenalan baru
P. 29
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Saya merasakan walaupun faktor ini kurang mendapat tempat sebagai
punca major perceraian, namun ia sebenarnya bukan lagi baru malah
semakin banyak berlaku dalam masyarakat. Lebih menyedihkan lagi
apabila pasangan suami isteri langsung tidak dapat menikmati
keseronokan dalam hubungan suami isteri sepanjang tempoh
perkahwinan hanya disebabkan oleh gangguan sihir ini.
Melalui pengalaman saya sebagai seorang peguam, terdapat suami
yang mengadu bahawa lidahnya seakan-akan dikuasai sesuatu sehingga
melafazkan talak terhadap isterinya. Terdapat juga isteri yang beria-ia
mendesak suaminya agar menceraikannya tanpa sebarang sebab. Ada
pula yang mendakwa tidak sedar dan tidak ingat bila dan di mana dia
melafazkan cerai. Tidak kurang juga ada isteri memohon cerai fasakh
atas alasan suami mengalami lemah syahwat ketika hendak
menyetubuhinya sedangkan dengan isterinya yang lain tidak begitu.
Terdapat juga suami atau isteri mendakwa berlaku perubahan
mendadak pada perasaannya terhadap pasangannya hingga timbul
rasa benci dan meluat yang amat sangat hingga memukul pasangannya.
29 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

