Page 32 - Pengenalan baru
P. 32
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
14. Keganasan Rumahtangga
Keganasan rumahtangga didefinisikan sebagai penyalahgunaan kuasa
dalam perhubungan intim di antara seorang individu (biasanya lelaki),
cuba untuk mengawal dan mendominasi
pasangannya (biasanya wanita).
Penyalahgunaan kuasa ini tidak hanya
berlaku secara fizikal tetapi juga dalam
bentuk seksual, ekonomi dan psikologikal
yang menyebabkan wanita merasa tidak
berdaya serta sentiasa hidup dalam ketakutan. Keganasan rumah
tangga adalah satu-satunya masalah yang jarang dilaporkan.
Mangsa selalunya akan menyembunyikan kecederaan fizikal ataupun
mental yang dihadapi untuk masa yang lama sebelum meminta
pertolongan. Malangnya, orang lain tidak boleh membantu jika mangsa
selalu mendiamkan diri. Mangsa itu mesti sedar dan mahu
menyelamatkan diri sendiri. Faktor ini juga boleh membawa kepada
penceraian.
Jangan berdiam diri dan kongsi masalah anda dengan orang lain, anda
mesti hentikan keganasan ini. Sayangi diri dan kehidupan anda. Anda
32 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

