Page 51 - Pengenalan baru
P. 51
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
tanam dalam hati isteri tentang kemiskinan. Terlalu takut dengan masa
depan, takut itu dan ini.
Sikap ini datang dari kejahilan kita juga. Selain itu, syaitan juga
menjadikan kita suka untuk melakukan perkara-perkara buruk dalam
rumahtangga, contohnya melawan suami. Bila ingatan pada Allah
hilang, maka rumahtangga akan jadi haru biru. Syaitan juga
bermatlamat untuk menjadikan suami atau isteri sebagai kawan
mereka, contohnya supaya suka membuat pembaziran.
Ada dua pintu untuk membuka syaitan campur tangan iaitu kelalaian.
Kita sering lalai dengan pelbagai urusan sehinggakan tidak solat atau
sengaja solat di hujung-hujung waktu secara kerap. Ramai juga
diantara kita di selubungi dengan kejahilan dan kebodohan. Jahil dalam
mengenal Allah. Jadi untuk menghindar kelalaian kita atasinya dengan
zikir. Untuk mengelak kejahilan dan kebodohan pula kena rajin
menuntut ilmu. E - book ini bukanlah menggalakkan orang untuk
bercerai dan juga tidak mengatakan bahawa jangan bercerai, tetapi
sebagai memberi panduan.
Bagi yang sudah lama menanggung derita dan sudah tidak tahan kerana
hidup merana, boleh meminta untuk bercerai. Tidak salah untuk
bercerai. Sekali lagi di ingatkan, jangan pandang perceraian itu langsung
51 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

