Page 15 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 15

Kombinasi Jawapan: Mana-mana 2+3/3+2


               9.  Satu  daripada  ciri  negara  maju  ialah  pembangunan  sektor  perindustrian  menjadi  teras
               perekonomian. Oleh itu, kerajaan telah  mengambil usaha untuk  memajukan bidang perindustrian  di
               negara ini. Huraikan.



               Pendahuluan
               Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan sesebuah negara. Banyak usaha telah
               dipergiatkan demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian di Malaysia.

               Bil  Idea                      Huraian
               1.   Menarik kemasukan         •  Kerajaan telah memberi galakan yang lebih menarik kepada
                    pelabur asing pelabur       syarikat asing seperti pengecualian cukai menerusi taraf perintis.
                    asing                       pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan penyediaan
                                                kemudahan infrastruktur yang sempurna.

                                              •  Pelabur mempunyai modal yang kukuh, kemahiran teknologi,
                                                rangkaian pemasaran yang luas di peringkat antarabangsa.
                                              •  Kalau ada pelabur asing, Malaysia tidak perlu meminjam daripada
                                                sumber kewangan asing demi membuka kilang-kilang baru atau
                                                mengimport teknologi moden.
               2.   Mencari pasaran yang      •  Kerajaan telah menerokai pasaran baru terutamanya negara -
                    luas                        negara sedang membangun yang berpotensi. Faktor pasaran penting
                                                terhadap pembangunan industri perkilangan.
                                              •  Permintaan yang luas boleh mendorong pengilang untuk
                                                menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan.
                                              •  Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai
                                                ekspo-ekspo antarabangsa untuk mempamerkan barangan buatan
                                                Malaysia.
               3.   Menyediakan tenaga        •  Tenaga buruh mahir penting untuk memajukan sektor
                    buruh yang mahir            perindustrian.
                                              •  Tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan daya produktiviti
                                                dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan kualiti
                                                barangan yang dihasilkan.
                                              •  Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi pengajian tinggi dan
                                                pusat latihan teknikal untuk melatih dan melahirkan tenaga pekerja
                                                mahir dan yang mempunyai semangat kcusahawanan yang sesuai
                                                dengan keperluan pembangunan sektor perindustrian.
               4.   Menggiatkan               •  Dalam usaha membolehkan barangan buatan Malaysia mendapat
                    pcnyelidikan dan            sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa, kerajaan dan
                    pembangunan (R&D)           pengusaha haruslah meningkatkan program penyelidikan dan
                                                pembangunan.
                                              •  Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baru yang sesuai
                                                demi meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan
                                                untuk barangan tempatan di pasaran asing.
                                              •  Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan
                                                mendapat perhatian para pengguna.
               5.   Mewujudkan iklim          •  Menyediakan dasar pelaburan yang mesra pelabur.
                    pelaburan yang            •  Kemudahan infrastruktur dan infostruktur disediakan sebagai daya
                    menggalakkan.               tarikan kepada pelabur-pelabur.
                                              •  Kawasan pelaburan disediakan dengan mengambilkira segala
                                                kemudahan dan keperluan






                                                                                                        15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20