Page 35 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 35
LAPORAN TAHUNAN 2015 33
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DOSM Koordinator Data ASEAN di Peringkat Nasional
DOSM menjadi koordinator ASEAN bagi data Malaysia yang disusun oleh sekretariat
ASEAN melalui ASEAN Community Statistical System (ACSS). DOSM telah
menyelaras pengumpulan 604 ASEAN Statistical Indicators dalam pelbagai bidang
seperti mikroekonomi, kewangan, monetari, kependudukan dan lain-lain dari
pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.
Di samping itu, DOSM juga telah dilantik sebagai koordinator nasional dalam
penyusunan statistik dan penyelenggaraan pangkalan data berkaitan perdagangan
luar negeri, pelaburan dan pelancongan yang menjadi input kepada pemantauan
aktiviti BIMP-EAGA dan IMT-GT. DOSM menyelaras pengumpulan data dari pelbagai
agensi yang mengandungi 27 indikator yang sama (ekonomi, guna tenaga, kemiskinan, perdagangan
barangan, pelaburan dan pelancongan) bagi kedua-dua BIMP-EAGA dan IMT-GT.
ASEAN Community Statistical System (ACSS)
ASEAN Community Statistical System (ACSS) merupakan badan penggubal
dasar dan koordinasi statistik tertinggi peringkat ASEAN yang bertanggungjawab
dalam memperkukuhkan kerjasama statistik serantau dengan menyokong
komuniti ASEAN dan menawarkan panduan profesional dalam pengeluaran,
penyebaran dan komunikasi statistik ASEAN. Jabatan Perangkaan Malaysia mewakili Negara telah
menganggotai ACSS sejak penubuhannya dan berperanan penting dalam pembangunan statistik di
peringkat ASEAN.
Di samping itu, ACSS merupakan platform pertemuan Ketua-ketua agensi statistik nasional
ASEAN untuk berkongsi pandangan dan pengalaman serta membincangkan program/aktiviti dan
isu berkaitan pelaksanaan Pelan Strategik ACSS dan Pelan Tindakan Multi-Tahunan yang meliputi
pengukuhan institusi; memperkasa statistik ASEAN; dan merapatkan jurang pembangunan statistik
antara negara ASEAN.
bimp-eaga
BIMP-EAGA (juga dirujuk sebagai EAGA) atau Kawasan Pembangunan ASEAN Timur telah ditubuhkan
pada tahun 1994 oleh Kerajaan Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina untuk merangsang
pertumbuhan dan memupuk pembangunan inklusif dalam beberapa wilayah kurang membangun
dan terpencil. Kawasan ini meliputi Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya
(Indonesia), Sabah, Sarawak, Labuan (Malaysia) serta Mindanao dan Pahlawan, Filipina (Filipina).
Indonesia, Malaysia, Thailand-Growth Triangle (IMT-GT) adalah inisiatif kerja sama subregional
ditubuhkan pada tahun 1993 bertujuan untuk untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di
wilayah/daerah yang kurang berkembang. Keanggotaannya terdiri daripada:
a. 14 wilayah di Thailand Selatan (Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phattalung,
Satun, Songkhla, Trang, Yala, Chumphon, Ranong, Surat Thani, Phang Nga, Phuket);
b. 8 daerah di Semenanjung Malaysia (Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak,
Perlis dan Selangor).
c. 10 wilayah di pulau Sumatera di Indonesia (Aceh, Bangka-Belitung, Bengkulu, Jambi, Lampung,
Sumatera Utara, Riau, Kepulauan Riau, Sumatra Selatan, dan Sumatera Barat).
BIMP-EAGA dan IMT-GT sedang berusaha ke arah merealisasikan pertumbuhan ekonomi mampan
yang membawa kepada penyertaan penuh rantau kecil dalam proses pembangunan ASEAN.

