Page 36 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 36
34 LAPORAN TAHUNAN 2015
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
4 MoU bersama IPT
Sebanyak empat Memorandum of Understanding (MoU) telah dimeterai dengan Institut Pengajian Tinggi
(IPT). MoU ini bertujuan untuk meningkatkan komunikasi statistik dalam kalangan penyelidik dan pelajar di
IPT. Melalui MoU ini, empat set data mikro telah dibekalkan kepada IPT yang terlibat. Data mikro tersebut
adalah data Banci Penduduk dan Perumahan, Penyiasatan Tenaga Buruh, Penyiasatan Pembuatan Bulanan
serta Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah.
MoU dengan MUST MoU dengan MMU MoU dengan UPSI MoU dengan USM
MoU bersama Mou bersama MoU bersama MoU bersama
Malaysia University Universiti Multimedia Universiti Pendidikan Universiti Sains
of Science and (MMU) telah Sultan Idris (UPSI) Malaysia telah
Technology (MUST) ditandatangani pada telah dimeterai ditandatangani oleh
telah diadakan 15 Mei 2015 di CCU pada 28 Mei 2015, pihak USM pada 15
pada 30 April Presentation Room, bertempat di Bilik September 2015
2015, bertempat di Chancellery Building, Mesyuarat Utama, manakala Jabatan
Founder’s Hall, MUST MMU di Cyberjaya. Bangunan Canselori, pula menandatangani
di Kelana Jaya. Kampus Sultan Abdul pada 7 Oktober 2015.
Jalil Shah, UPSI di MoU ini merupakan
Perak. MoU yang kesembilan
ditandatangani oleh
DOSM bersama IPT.
135 Khidmat Pakar Rundingan Teknikal Statistik
Pada tahun 2015, Jabatan telah memberi 135 khidmat pakar rundingan teknikal statistik kepada agensi
kerajaan dan swasta yang memerlukan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini melibatkan khidmat rundingan
teknikal berkaitan rekabentuk pensampelan, soal selidik dan penganalisisan data dalam perancangan
pengumpulan data oleh agensi yang berminat.

