Page 12 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 12
Kemunculan Varian
Baru, Omicron
Pada 2 Disember 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
telah mengesan kes pertama positif yang melibatkan varian
Omicron di Malaysia. Kes tersebut telah melibatkan seorang
pengembara bukan warganegara, iaitu tiba dari Afrika Selatan
melalui Singapura yang berusia 19 tahun. Walaupun varian Omicron
Covid-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi,
namun ia dikatakan kurang berbahaya. Oleh hal yang demikian,
antara strategi kawalan yang telah disusun atur oleh KKM adalah
dengan memakaikan peranti pengesan digital (Digital tracker
device) kepada pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di
PMA KLIA sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan
Pemerhatian. Selain itu, KKM juga telah menjalankan ujian
pengesanan Covid-19 tambahan pada hari ketiga dan kelima,
meneruskan VTL-Singapura, sekatan perjalanan terhadap lapan
negara yang dikenal pasti sebelum ini diteruskan dan sebagainya.
Justeru sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah sentiasa menjaga
SOP agar tidak menghidap varian Covid-19 tersebut kerana
sesungguhnya, 'malang tidak berbau'
OLEH: AMIRUL AKMAL BIN
ABDUL JALIL, PISMP BM1

