Page 16 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 16
“Hidup”
Dedaun hijau menari dihembus bayu,
Sinar cahaya menembusi segenap ruang kecil
pepohon,
Burung berkicauan terbang di segenap langit,
Bunyi angin bertiup melingkari pendengaran,
Menandakan hari penuh dengan ketenangan,
Ketenangan itulah yang diingini manusia.
Hidup bukan untuk disia-siakan,
Hidup bukan untuk dibazirkan,
Hidup itu satu perjalanan yang jauh,
Perjalanan yang luas penuh dengan cabaran,
Daripada cabaran menjadi kejayaan,
Daripada kejayaan menjadi kenangan,
Itulah kehidupan.
Hidup aman membawa ketenangan,
Walau hidup bervariasi bangsa,
Aman, harmoni, toleransi dapat dipupuk,
Itulah yang dinamakan kehidupan.
Andai suatu hari nanti anda, saya, dia atau mereka
terleka,
Ingatlah bahawa hidup itu berharga,
Janganlah sia-siakan kehidupan wahai manusia,
Kerana daripada kehidupan kita kenal apa erti
hidup.
NUKILAN: THRENELLA BINTI THADEUS, PISMP, BM 1

