Page 17 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 17
Pantun Guru
Pergi berburu memakai purdah,
Bawa senjata lembing dan tombak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.
Burung merbah di tepi tasik,
Sayapnya lebar burung tengkukur,
Gigih dan tabah masa mendidik,
Ikhlas dan sabar bila menegur.
Pergi ke pasar minum jamu,
Jamu pahit buat lidah kelu,
Gurumu adalah orang tuamu,
Hormatilah dia selalu.
Bubur pulut tetamu dijamu,
Makan nasi malam berinai,
Berat mulut mengajar ilmu,
Bagai berlian tidak dicanai.
Hari minggu minum jamu,
Hari Isnin minumnya dua,
Teruslah menuntut ilmu,
Untuk bekal di masa tua.
NUKILAN: MUHAMMAD HAIQAL HUZAHIR HUSIN,
PISMP BM 2

