Page 47 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 47
AKHLAK RASULULLAH
S.A.W. YANG TERPUJI
Pernahkah anda mendengar kisah mengenai Nabi Muhammad S.A.W. dengan
orang yahudi miskin yang buta? Kisah ini berlaku di pasar Madinah yang mana
terdapat seorang lelaki yahudi miskin dan buta sering menyampaikan kepada
orang yang melalui jalan yang berhampiran dengannya bahawa Nabi
Muhammad itu adalah pendusta dan penyihir. Selain itu, dia juga sering
mengejek dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Walaubagaimanapun,
sebenarnya Nabi Muhammad sering datang menziarahinya pada setiap pagi
untuk menyuap makanan tanpa berkata apa-apa ataupun memperkenalkan diri
baginda. Perbuatan ini di lazimi oleh Nabi Muhammad sehinggalah baginda
wafat. Setelah baginda wafat, Saidina Abu Bakar R.A. telah pergi dan bertanya
kepada Sayyidatina Aishah R.A. sekiranya terdapat sunnah-sunnah yang
dilakukan oleh Rasulullah yang masih belum dia lakukan. Kemudian Sayyidatina
Aisyah mengatakan bahawa semua sunnah telah Saidina Abu Bakar lakukan
cuma satu sahaja yang beliau belum lakukan. Lalu Sayyidatina Aisyah
menceritakan mengenai rutin Nabi Muhammad yang sering memberi orang
yahudi buta yang miskin itu makan pada setiap pagi. Oleh itu, Saidina Abu
Bakar pun pergi melakukan perkara tersebut juga tetapi orang buta itu
menyedari bahawa orang yang menyuapnya itu tidak sama seperti yang selalu
menyuapnya sebelum itu. Oleh yang demikian, orang buta itu bertanya kepada
Saidina Abu Bakar mengenai siapa yang sebenarnya telah menyuapnya sebelum
ini. Maka, beliau memberitahu orang buta itu yang mana Nabi Muhammad
S.A.W. lah yang selama ini sering menyuapnya.Apabila mendengar perkara
tersebut orang buta itu terus menangis dan menyesal atas perbuatannya yang
sering menyakiti hati Nabi Muhammad. Akhirnya, orang yahudi buta itu tadi
memeluk agama islam atas sebab perbuatan Nabi Muhammad itu tadi.
MashaAllah, betapa mulianya akhlak Nabi kita sehingga mampu melembutkan
hati orang yang sebelum ini membencinya menjadi orang yang cinta kepadanya.
Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak Nabi kita dan melaksanakan
sunnah-sunnah baginda.
O L E H : A S S H A R I F A H S E H A H B I N T I S Y E D I B R A H I M ,
P P I S M P , P A I 2

