Page 109 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 109
Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023
Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 (pelajar keluar).
9. Memastikan kelulusan untuk bertukar sekolah telah diterima (pelajar keluar).
10. Memastikan buku teks telah dipulangkan (pelajar keluar).
11. Menyelia dan menyelaras aktiviti-aktiviti tingkatan dengan kerjasama Guru Kelas.
12. Menyelia dan menyelaras berkaitan kebersihan, kesihatan dan keceriaan kelas dengan kerjasama
Guru Kelas.
13. Mencadangkan Guru Tingkatan Gantian jika tempoh ketiadaan Guru Tingkatan itu melewati jangka
masa seminggu.
14. Mengambil tahu mengenai kelas dalam tingkatan yang guru tingkatannya tidak hadir
dan mengambil alih tugas mengurus kelas berkenaan.
15. Menyemak dan memastikan Buku Jadual Kedatangan dilengkapkan dan dikemaskini.
Penyelia Tingkatan hendaklah menyemak buku ini dari masa ke semasa, jika perlu dapatannya
dimaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan.
16. Menyemak Penyata Bulanan Tingkatan dari Guru Kelas dan mempastikan kesahihan
maklumat, kemudian menyerahkannya kepada Guru Data.
17. Menandatangani Kunci Penyata Bulanan di ruangan berkenaan dalam Buku Jadual
Kedatangan pelajar pada setiap bulan selepas mempastikan kesahihan maklumat.
18. Menyimpan rekod dan maklumat penting bagi tingkatan misalnya keramaian pelajar dalam kelas,
dll.
19. Bekerjasama dengan Guru Rekod/Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-
kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar :-
20. Buku Kad Kemajuan Pelajar
21. Borang kelulusan pinjaman SPBT
22. Keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi Pendidikan Seni
dan PEKA Sains.
23. Bekerjasama dengan Guru Kelas bagi menyiapkan Sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
24. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan dalaman dan peperiksaan Awam
(PT3/SPM/STPM).
25. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
95

