Page 113 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 113

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023



                     14.   Merujuk pelajar yang mempunyai masalah kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling atau
                           guru disiplin mana-mana yang sesuai jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
                     15.   Mewujudkan suasana hormat menghormati dalam kalangan anggota kelas, setiap pelajar
                           harus dijadikan sebagai orang yang boleh dipercayai oleh ahli lain di kelasnya.


                     b)    Jadual Kedatangan Murid

                     1.    Menanda kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan
                           menyimpan buku tersebut di pejabat sekolah.
                     2.    Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam buku kedatangan pelajar.
                     3.    Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
                     4.    Memastikan buku kawalan kelas yang diselenggarakan dengan baik.


                     c)    Laporan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Graduasi Dan Surat Akuan

                     1.    Mengisi markah dan membuat laporan akademik kokurikulum dan fizikal setiap
                           semester/penggal.
                     2.    Menyerahkan laporan akademik pelajar kepada ibu bapa.
                     3.    Mengambil maklumat dari penyelaras dan menyempurnakannya pada masa yang diperlukan.
                     4.    Mengumpul dan memproses semua markah ujian/peperiksaan.
                     5.    Merekod markah ke dalam buku persediaan mengajar
                     6.    Menyediakan draf Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 .


                     d)    Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin

                     1.    Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap akademik.
                     2.    Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberi hadiah (jika perlu)
                     3.    Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
                     4.    Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di
                           kalangan pelajar.
                     5.    Melaporkan kepada Guru Disiplin jika ada pelajar yang melanggar disiplin.
                     6.    Melaporkan kepada Guru kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
                     7.    Melaporkan kes ponteng kelas/ sekolah mengikut prosedur berikut:
                     8.    Mengisi borang melanggar disiplin sekolah yang diperoleh dari Guru Kanan HEM
                     9.    Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa/penjaga.


                     e)    Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

                     1.    Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada pelajar yang layak dan




                                                                                                 99
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118