Page 112 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 112
Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023
46 6B 6B UTM Cg Sharifah Kamariah bt Syed A. Kadir Cg Iza Mardiana bt Mohd Zakaria
47 6B UIAM Cg Maziani bt Harun@Sulaiman
48 6B UMT Cg Rohaiza bt Warris
49 6B UNISZA Cg Muriniyati bt Mhd Tahir
50 6A 6A USM Cg Maizatul Akmal bt Muhammad
51 6A UM Cg Zulfareh bt Hj Sa’ari
52 6A UKM Cg Najla Khairani bt Yaacob
53 6A UPM Cg Mariana bt Muda
Bidang Tugas dan Tanggungjawab :
a) Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Mendapatkan senarai nama pelajar tingkatan daripada Guru Penolong Kanan.
Kemasukan pelajar baru ke mana- mana kelas mestilah dengan arahan Penyelaras
Tingkatan.
2. Membentuk organisaisi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan, penolong, bendahari,
AJK kebersihan dan AJK keceriaan. Memastikan agihan tugas seperti mengelap tingkap,
menyapu lantai dan papan hitam, menyusun kerusi meja dan membuang sampah yang
dilakukan oleh AJK kebersihan. Memastikan AJK keceriaan mengemaskini papan kenyataan
dan papan maklumat dari masa ke semasa. Menyediakan langsir dan bunga jika perlu.
3. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas iaitu Jadual waktu, jadual tugas,
perabot kelas dan alat pembersihan (penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah)
4. Menentukan pendawaian elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
5. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaan.
6. Membimbing organisasi kelas yang dilantik supaya menjalankan tugas.
7. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar yang
bertujuan menceriakan kelas dan kebajikan pelajar.
8. Menyelenggara semua urusan yang bersangkutan dengan Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
9. Mendapatkan surat pengakuan yang sah bagi pelajar yang tidak hadir.
10. Memproses penghantaran surat peringatan kepada ibu bapa/penjaga bila pelajar tidak
hadir tiga hari berturut-turut atau bila kedatangan yang dianggap lemah. Surat berdaftar boleh
digunakan untuk perkara-perkara ulangan.
11. Menyediakan satu senarai alat atau perabot (inventori) dalam kelas dan laporkan sebarang
kerosakan kepada guru berkenaan.
12. Menjadi ketua keluarga tingkatan. Guru tingkatan diharap dapat mengetahui latar belakang
pelajar dari segi sosio- ekonomi keluarga dan masalah-masalah lain.
13. Guru Tingkatan adalah penyelesai utama masalah yang timbul di kalangan anggota
tingkatan. Pelajar yang menghadapi masalah disiplin diberi bimbingan oleh guru tingkatan.
98

