Page 93 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 93
Manual Pengurusan Sekolah 2021
3.23 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENYELARAS TINGKATAN DAN GURU KELAS
a) SENARAI NAMA PENYELARAS TINGKATAN TAHUN 2021
Penyelaras Tingkatan 1 : Cg Ismara bt Jaafar
Penyelaras Tingkatan 2 : Ustazah W Hasmah bt Abdul Arif
Penyelaras Tingkatan 3 : Ustazah Maznah bt Mat Rosidi
Penyelaras Tingkatan 4 : Cg Muhammad Khairul Abidin b. Majid
Penyelaras Tingkatan 5 : Ustazah Azizah bt Mohd
Penyelaras Tingkatan 6 : Cg Iza Mardiana bt Mohd Zakaria
Bidang Tugas dan Tanggungjawab :
1. Menerima kemasukan dan mendaftar pelajar baru ke dalam Buku Rekod Pendaftaran.
2. Bertanggungjawab menyusun pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya dengan persetujuan Guru Penolong Kanan.
3. Menempatkan pelajar mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4, dan 5 serta 6.
4. Menentukan penerimaan borang SPBTdari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
5. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
6. Menerima Slip peperiksaan dari sekolah terdahulu.
7. Menentukan rumah sukan dan mengambil butiran lain yang berkaitan.
8. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dan Tingkatan 6
(pelajar keluar).
9. Memastikan kelulusan untuk bertukar sekolah telah diterima (pelajar keluar).
10. Memastikan buku teks telah dipulangkan (pelajar keluar).
11. Menyelia dan menyelaras aktiviti-aktiviti tingkatan dengan kerjasama Guru Kelas.
12. Menyelia dan menyelaras berkaitan kebersihan, kesihatan dan keceriaan kelas dengan kerjasama Guru Kelas.
13. Mencadangkan Guru Tingkatan Gantian jika tempoh ketiadaan Guru Tingkatan itu melewati jangka masa seminggu.
14. Mengambil tahu mengenai kelas dalam tingkatan yang guru tingkatannya tidak hadir dan mengambil alih tugas
mengurus kelas berkenaan.
15. Menyemak dan memastikan Buku Jadual Kedatangan dilengkapkan dan dikemaskini. Penyelia Tingkatan hendaklah
menyemak buku ini dari masa ke semasa, jika perlu dapatannya dimaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan.
16. Menyemak Penyata Bulanan Tingkatan dari Guru Kelas dan mempastikan kesahihan maklumat, kemudian
menyerahkannya kepada Guru Data.
17. Menandatangani Kunci Penyata Bulanan di ruangan berkenaan dalam Buku Jadual Kedatangan pelajar pada setiap
bulan selepas mempastikan kesahihan maklumat.
18. Menyimpan rekod dan maklumat penting bagi tingkatan misalnya keramaian pelajar dalam kelas, dll.
19. Bekerjasama dengan Guru Rekod/Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar
ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar :-
20. Buku Kad Kemajuan Pelajar
21. Borang kelulusan pinjaman SPBT
22. Keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi Pendidikan Seni dan PEKA Sains.
23. Bekerjasama dengan Guru Kelas bagi menyiapkan Sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
24. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan dalaman dan peperiksaan Awam (PT3/SPM/STPM).
25. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
85

