Page 96 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 96
Manual Pengurusan Sekolah 2021
14. Merujuk pelajar yang mempunyai masalah kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling atau guru disiplin mana-mana
yang sesuai jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
15. Mewujudkan suasana hormat menghormati dalam kalangan anggota kelas, setiap pelajar harus dijadikan sebagai
orang yang boleh dipercayai oleh ahli lain di kelasnya.
b) Jadual Kedatangan Murid
1. Menanda kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku tersebut di
pejabat sekolah.
2. Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam buku kedatangan pelajar.
3. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4. Memastikan buku kawalan kelas yang diselenggarakan dengan baik.
c) Laporan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Graduasi Dan Surat Akuan
1. Mengisi markah dan membuat laporan akademik kokurikulum dan fizikal setiap semester/penggal.
2. Menyerahkan laporan akademik pelajar kepada ibu bapa.
3. Mengambil maklumat dari penyelaras dan menyempurnakannya pada masa yang diperlukan.
4. Mengumpul dan memproses semua markah ujian/peperiksaan.
5. Merekod markah ke dalam buku persediaan mengajar
6. Menyediakan draf Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 .
d) Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin
1. Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberi hadiah (jika perlu)
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
5. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika ada pelajar yang melanggar disiplin.
6. Melaporkan kepada Guru kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
7. Melaporkan kes ponteng kelas/ sekolah mengikut prosedur berikut:
8. Mengisi borang melanggar disiplin sekolah yang diperoleh dari Guru Kanan HEM
9. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa/penjaga.
e) Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan ditulis nama pelajar.
2 Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa
3. Mengedarkan borang-borang permohonan mendapat biasiswa, bantuan pinjaman buku teks, borang peperiksaan dsb.
4. Mendapatkan kembali borang yang diedarkan kepada pelajar, memproses dan menyempurnakan senarai nama
mengikut keperluan jenis borang tersebut.
5. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan
buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai tersebut kepada guru SPBT.
6. Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru
kebajikan.
88

