Page 95 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 95
Manual Pengurusan Sekolah 2021
46 5 / 2020 5 ULUL ALBAB Ustazah Nik Hayati bt Nik Su Cg Razani bt Jusoh
47 5 PREMIER 1 Cg Shuhadah bt Mohd Nor
48 5 PREMIER 2 Cg Narimah bt Mohd Adam
49 5 ARIF Cg Salmawati bt Jusoh
50 5 BESTARI Cg Zulliyani bt Awang
51 5 CEKAL Cg Hayati bt Mohamad
52 5 DINAMIK Cg Razida bt Ismail
53 5 ETIKA Ustaz Zaid b. Daud
54 5 FIKRI Ustazah Aida bt Hasan
55 6B 6B UTM Cg Iza Mardiana bt Mohd Zakaria
56 6B UIAM
57 6B UMT
58 6B UNISZA
59 6A 6A USM
60 6A UM
61 6A UKM
62 6A UPM
Bidang Tugas dan Tanggungjawab :
a) Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Mendapatkan senarai nama pelajar tingkatan daripada Guru Penolong Kanan. Kemasukan pelajar baru ke mana-
mana kelas mestilah dengan arahan Penyelaras Tingkatan.
2. Membentuk organisaisi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan, penolong, bendahari, AJK kebersihan dan AJK
keceriaan. Memastikan agihan tugas seperti mengelap tingkap, menyapu lantai dan papan hitam, menyusun kerusi
meja dan membuang sampah yang dilakukan oleh AJK kebersihan. Memastikan AJK keceriaan mengemaskini papan
kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa. Menyediakan langsir dan bunga jika perlu.
3. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas iaitu Jadual waktu, jadual tugas, perabot kelas dan alat
pembersihan (penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah)
4. Menentukan pendawaian elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
5. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaan.
6. Membimbing organisasi kelas yang dilantik supaya menjalankan tugas.
7. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar yang bertujuan menceriakan kelas
dan kebajikan pelajar.
8. Menyelenggara semua urusan yang bersangkutan dengan Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
9. Mendapatkan surat pengakuan yang sah bagi pelajar yang tidak hadir.
10. Memproses penghantaran surat peringatan kepada ibu bapa/penjaga bila pelajar tidak hadir tiga hari berturut-turut
atau bila kedatangan yang dianggap lemah. Surat berdaftar boleh digunakan untuk perkara-perkara ulangan.
11. Menyediakan satu senarai alat atau perabot (inventori) dalam kelas dan laporkan sebarang kerosakan kepada guru
berkenaan.
12. Menjadi ketua keluarga tingkatan. Guru tingkatan diharap dapat mengetahui latar belakang pelajar dari segi sosio-
ekonomi keluarga dan masalah-masalah lain.
13. Guru Tingkatan adalah penyelesai utama masalah yang timbul di kalangan anggota tingkatan. Pelajar yang
menghadapi masalah disiplin diberi bimbingan oleh guru tingkatan.
87

