Page 30 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 30
perumahan dikonkritkan untuk mengelak berlakunya keruntuhan pada
cerun yang lemah
• Etika alam sekitar yang perlu dipatuhi oleh pemilik kilang :
o Memasang penapis asap
o Merawat sisa minyak dahulu sebelum disalurkan ke sungai
O Membuang sisa sia minyak di tempat yang selamat, iaitu jauh daripada
tempat kediaman
o Mewujudkan loji pelupusan bahan sisa bersepadu atau tapak pembuangan
khas yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air
o Mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar / Sekeliling
3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
• Aktiviti pembangunan Malaysia yang terancang
o Berpegang pada konsep “pembangunan mapan” (pembangunan
seimbang)
o Menggunakan tenaga elektrik hidro melalui sungai deras
o Usaha menghasilkan tenaga biomas melalui proses pereputan dan
pembakaran hasil buangan pertanian
o Untuk menjamin hasil sumber air: menggunakan tukun tiruan tayar buruk
sebagai kawasan pembiakan ikan
o Penggunaan sumber hutan di kurangkan dengan menggunakan kayu
kelapa sawit dan getah.
o Penebangan pokok dihadkan kepada yang matang sahaja.
o Penghutanan semula: menanam semula pokok daripada spesies yang cepat
membesar
• Contoh amalan lestari :
o Memberikan pakaian, kasut, beg dan sebagainya yang tidak cukup atau
tidak diperlukan kepada orang lain
o Mengguna semula botol atau plastik untuk menyimpan barangan lain
o Menggunakan kedua-dua belah muka kertas
o Mengurangkan penggunaan sumber yang mudah habis seperti minyak dan
arang batu
o Tidak membazir elektrik
• Cara pelajar menjadi masyarakat lestari :
o Memberi kesedaran kepada mereka tentang kesan buruk jika kita
tidak merancang penggunaan sumber
o Menanam sifat sayang kepada alam sekitar
28

