Page 26 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 26
• Cara untuk membantu memulihara flora dan fauna :
o Menyertai dan menyokong kempen memelihara hidupan liar dari semasa
ke semasa
o Melaporkan kegiatan negatif seperti pembunuhan hidupan liar, penebangan
pokok kepada pihak yang berkenaan
o Mengamalkan kitar semula dalam cara hidup seharian untuk
mengurangkan penggunaan sumber yang berlebihan
o Mengutip derma melalui jualan barangan terpakai
o Tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa
o Penguatkuasaan undang-undang pembalakan
o Mengharamkan pemburuan haiwan yang dilindungi
o Program perlindungan dan penjagaan haiwan yang hampir pupus
• Kepentingan kem kesedaran alam sekitar
o Memupuk semangat cinta akan alam sekitar
o Memberi pendidikan alam sekitar secara langsung kepada pelajar
o Mendedahkan pelajar dengan aktiviti mengenai alam sekitar secara intensif
o Memupuk kesedaran supaya lebih peka terhadap perubahan alam sekitar
yang tidak baik
o Menjaga keindahan alam flora dan fauna di sekeliling mereka
• Asas Etika Alam Sekitar (EAS)
o Sumber bumi terhad akan kehabisan jika digunakan dengan rakus. Contoh,
simpanan minyak semakin berkurangan, arang batu sudah habis simpanan,
banyak hidupan liar dan pokok sudah pupus
o Manusia sebahagian daripada alam sekitar dan tidak boleh lari daripada
undang-undang semulajadi yang mengawal alam ini.
o Bumi mempunyai kapasiti yang terhad untuk menerima sampah sarap atau
sebarang sisa daripada pencemaran yang kita lakukan
• Contoh tingkah laku selaras dengan EAS
o Menjimatkan air
o Guna semula botol plastik
o Amalkan kitar semula
o Tidak membakar sampah di ruang terbuka
o Gunakan kedua-dua belah halaman kertas
o Gunakan sapu tangan
24

