Page 29 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 29

o  Bumi akan tercemar dengan teruk dan mungkin bencana alam akan
                                     berlaku
                                 o   Kualiti hidup manusia akan lebih terjejas
                       •  Kepentingan Perintah Penilaian Kualiti Alam Sekitar (PKAS)
                                 o   Alam sekitar mendapat pertimbangan yang lebih menyeluruh dalam
                                     penilaian untuk meluluskan sesuatu projek
                                 o  Langkah kawalan negatif dapat dikenal pasti di peringkat perancangan
                                    awal sesuatu projek
                                 o  Kos membaik pulih kerosakan akibat masalah alam sekitar dapat
                                    diminimumkan
                                 o  Perlaksanaan projek lebih mesra alam dan tidak mewujudkan
                                    ketidakselesaan atau kerugian kepada pihak awam
                       •  Kesan jangka panjang pencemaran sungai kepada manusia dan hidupan sungai
                                 O  Menjejaskan kesihatan kerana meminum air tercemar
                                 o   Sungai bertakung boleh menjadi punca penyakit
                                 o   Meningkatkan kos pembersihan bagi membekalkan air bersih
                                 o   Mengakibatkan hidupan sungai berkurangan
                                 o   Nilai estetik sungai menurun
                                 o  Menjejaskan aktiviti sungai termasuk perikanan dan pelancongan
                                 o  Generasi akan datang tidak dapat menikmati keindahan sungai
                       •  Cara mengurangkan pencemaran sungai :
                                 o  Tanah-tanih yang berlebihan dimampatkan
                                 O  Penanaman semula pokok dan tumbuhan
                                 o  Memasang perangkap kelodak dan memastikannya sentiasa berfungsi
                                    dengan baik
                                 o  Pemotongan lereng bukit dilakukan dengan terkawal
                                 o  Mengehadkan kawasan yang perlu dibangunkan sahaja dibersihkan
                                 o  Membina sistem saliran yang mesra alam
                                 o  Penanaman vegetasi yang mengurangkan impak titisan hujan ke atas
                                    permukaan tanah
                       •  Pengurusan tanah secara bertanggungjawab
                                 o   Perindustrian – merancang zon perindustrian dengan membina kilang di
                                     kawasan yang jauh dari tempat kediaman manusia dan sumber air
                                 o  Pertanian – menggunakan kaedah mesra alam seperti kaedah biologi yang
                                    dapat mengawal haiwan dan tumbuhan perosak melalui hubungan mangsa
                                    pemangsa dan mutasi pembiakan, mengusahakan penanaman bergilir
                                 o  Perlombongan – menebus guna kawasan bekas lombong menjadi tapak
                                    perindustrian atau perumahan, kawasan rekreasi, padang ragutan ternakan
                                    dan kawasan pertanian
                                 o  Penempatan – membina parit sebagai saliran air di kawasan perumahan,
                                    mengusahakan supaya dinding tebing cerun yang curam di kawasan



                                                                 27
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34