Page 51 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 51

7.3 Saling menghormati antara negara
                       •  Politik
                               o  dari segi sejarah Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkemuka
                                  di rantau ini hasil daripada hubungannya dengan China dan India. Di
                                  samping hidup aman makmur rakyat Melaka dapat mempelajari bahasa
                                  pedagang dan budaya pelbagai bangsa melalui yang tiba di Melaka
                               o  Hubungan dengan negara luar ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin kita
                                  (setelah merdeka hingga kini) Hubungan dijalin dengan semua negara tanpa
                                  mengira ideologi
                               o  Negara kita telah menjalin hubungan diplomatik dengan Rusia, Jerman dan
                                  Poland. Hasilnya kita dapat hidup aman dan harmoni. Kita juga dapat
                                  bertukar-tukar idea bagi memajukan negara dalam pelbagai bidang dan saling
                                  membantu demi keselamatan bersama
                       •  Ekonomi
                               o    Hubungan  ekonomi  dengan  Bahrain  membantu  perkembangan  ekonomi
                                   negara.  Bahrain  telah  memberi  persetujuan  kepada  Malaysia  membuka
                                   pusat perdagangan dan pengedaran bagi pasaran barangan  seperti kereta
                                   nasional,  barangan  elektronik,  tekstil  dan  perabot  di  Kuwait,  Qatar,
                                   Lebanon, Utara Iran, dan Timur Arab Saudi
                       •  Pendidikan
                               o  Berkat hubungan yang baik dengan Jepun, pelajar Malaysia diterima belajar di
                                  negara tersebut dan berpeluang menimba pelbagai ilmu sains dan teknologi di
                                  negara maju itu. Di samping itu mereka juga berpeluang mempelajari bahasa
                                  dan budaya Jepun
                               o  Program pertukaran pelajar pula banyak membawa keuntungan kepada kedua-
                                  dua pihak. Contohnya pada tahun 2002,  3 orang pelajar SMK Bukit Kuda,
                                  Klang  Selangor  telah  dipilih  menyertai  program  pertukaran  pelajar  tajaan
                                  Miyasaki High School, di Pulau Kyusu Jepun
                       •  Sosial
                              o    Penghantaran Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (Malmedtim II)
                                  ke  Pakistan  telah  membantu  menyelamatkan  beribu-ribu  pelarian  di  Kem
                                  Roghani. Bantuan dihantar kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan
                                  yang baik  selain atas dasar kemanusiaan
                               o  Berjuta-juta pelancong melawat negara kita kerana hubungan baik kita dengan
                                  banyak negara. Rakyat kita juga bebas melancong ke destinasi yang mereka
                                  sukai
                               o  Negara kita juga sering bertukar-tukar rombongan kebudayaan dengan negara-
                                  negara barat dan Timur. Ini semua hasil hubungan baik dengan dengan negara-
                                  negara lain






                                                                 49
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56