Page 48 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 48
o Peranan :
▪ Mengadakan persidangan dan seminar antara pemimpin negara
untuk mendengar pendapat dan cadangan pelbagai pihak sebelum
bertindak
▪ Sentiasa berusaha memperjuangkan kepentingan bersama demi
melindungi hak negara anggota
▪ Memegang teguh prinsip-prinsip yang dipersetujuan melalui
Deklarasi Harare 1992 demi menjamin keamanan dunia Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC) o Ditubuhkan pada tahun 1969 di
Rabat, Morocco
o Tujuan ditubuhkan untuk memupuk perpaduan dan kemajuan umat Islam
dari segi politik, ekonomi dan agama.
o Peranan :
▪ Menangani konflik politik antarabangsa melalui perjanjian
persefahaman
▪ Bersepakat antara anggota pertubuhan dalam usaha memerangi
keganasan
▪ Bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa yang lain untuk
menangani isu keganasan
• PBB (PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU)
o Tujuan ditubuhkan untuk berusaha mengekalkan keamanan dan
kemakmuran dunia (mengelakkan pertikaian dan peperangan, menegakkan
keamanan, menghormati hak setiap negara serta melindungi hak asasi
manusia
o Antara usaha-usaha untuk meningkatkan keamanan dunia termasuklah :
▪ mengurangkan sengketa politik dan peperangan terbuka
▪ Membantu negara yang dijajah mendapatkan kemerdekaan
▪ Memberi bantuan serta perlindungan kepada pelarian mangsa
peperangan di seluruh dunia
• NAM (PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI)
o Merupakan gabungan longgar negara-negara membangun di Asia, Afrika
dan Amerika Latin.
o Memperjuangkan prinsip :
▪ menghormati hak asasi manusia dan Piagam PBB
▪ menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara
▪ mengakui persamaan antara semua bangsa dan negara
▪ mengelakkan campurtangan dalam hal ehwal sesebuah negara
▪ menyelesaikan semua pertikaian antarabangsa secara aman
melalui perundingan dan timbang cara
• Cadangan memerangi keganasan o Membuat pemeriksaan secara ketat di pintu
masuk utama negara o Meningkatkan kawalan keselamatan di semua lapangan
terbang dan pintu masuk yang lain
46

