Page 52 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 52

•  Cara menjalin hubungan baik
                               o  Wujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara negara
                               o  Menempatkan pegawai diplomat
                               o  Lawatan secara rasmi dan tidak rasmi oleh pemimpin negara ke negara lain
                               o  Mengadakan pertukaran persembahan kebudayaan
                               o  Mengadakan pertukaran pelajar
                       •  Kepentingan menjalin hubungan baik
                               O  Dapat meningkatkan hasil ekspot negara
                               O  Memajukan industri pelancongan
                               O  Dapat hidup secara aman
                               o  Mudah mendapat bantuan sekiranya ditimpa sesuatu musibah
                       •  Sikap yang perlu dalam usaha menjalin hubungan baik
                               o  Amalkan sikap saling menghormati dan berhemah tinggi dengan pemimpin
                                  negara lain
                               o  Mematuhi undang-undang antarabangsa
                               o  Menghormati dasar luar yang diamalkan oleh negara lain
                               o  Bekerjasama dalam melakukan sesuatu program yang melibatkan negara luar
                               o  Tidak memandang rendah kebolehan pemimpin negara luar
                       •  Cara anda dapat melibatkan diri dalam usaha menjalin hubungan baik dengan
                           negara luar :
                              o  Mewakili negara dalam program pendidikan seperti pertandingan debat / kuiz
                                  antara pelajar di peringkat antarabangsa
                               o  Melibatkan diri dalam aktiviti mencabar peringkat antarabangsa seperti
                                  mendaki gunung
                               o  Melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar antara negara
                       •  ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali / Zon Of  Peace Freedom and
                           Neutrality)
                               o  Negara anggota mesti saling menghormati antara satu sama lain supaya
                                  wujud situasi saling  menghargai dan memuliakan hubungan sesama  sendiri
                               o  Pemimpin negara anggota ASEAN perlu memahami pendirian setiap negara
                                  anggota berhubung sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang percanggahan
                                  dan pertelingkahan
                               o  Sebarang  pertelingkahan perlu diselesaikan secara diplomasi dan semangat
                                  setiakawan
                               o  Sebarang pernyataan mesti mengambil kira sensitiviti pemimpin dan rakyat
                                  negara anggota
                               o  Kuasa-kuasa besar dan negara-negara maju yang ada kepentingan di rantau
                                  ini juga  perlu memahami dan menghormati pendirian negara-negara ASEAN
                                  yang tidak mahu terlibat dengan sebarang tindakan ketenteraan serta
                                  penggunaan senjata nuklear di rantau ASEAN




                                                                 50
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56