Page 50 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 50
A Baca keratan akhbar di bawah, kemudian jawab soalan yang diberikan.
Keldai Dadah Ditahan
Seorang wanita rakyat Malaysia telah ditahan
di lapangan terbang antarabangsa di sebuah
negara jiran kerana disyaki menyeludup dadah.
Menurut wanita tersebut, dia ke negara itu
kerana dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang
lumayan. Ketika bertolak ke sana, dia diberikan
sebuah beg untuk dihantar kepada seorang
pekerja di tempat dia akan bekerja.
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah wanita tersebut diadili mengikut prinsip keadilan
3 atau prinsip keprihatinan?
2. Bincangkan kesan sekiranya wanita tersebut dibebaskan atas dasar prinsip keprihatinan.
UNIT 3. Jelaskan amalan nilai universal yang patut dipraktikkan supaya anda tidak terlibat dalam
situasi ini.
4. Bagaimanakah anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan seperti
kes ini?
B Baca pernyataan di bawah.
Jeeva, seorang pengawas sekolah dan anggota pengakap
yang patuh pada peraturan. Dia terpilih untuk menghadiri
jambori pengakap pada peringkat antarabangsa. Ketika
mengikuti jambori tersebut, Jeeva telah keluar dari
tapak perkhemahan tanpa kebenaran pihak penganjur.
Apabila diketahui oleh pihak penganjur, Jeeva tidak
dibenarkan meneruskan aktiviti dalam perkhemahan
tersebut.
Wajarkah tindakan pihak penganjur tersebut? Justifikasikan jawapan anda berdasarkan
prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan.
42

