Page 54 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 54

Secara umumnya, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang membolehkan
              pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai
              bentuk. Teknologi maklumat dan komunikasi ini patut digunakan secara beretika.
                  Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika dapat memberikan
              manfaat kepada semua pihak. Antara etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
              termasuklah perkara seperti yang berikut:


                                                       Tidak
                                                   memuat naik
                                                  sebarang bahan
                                                  dalam pelbagai
                                                bentuk tanpa keizinan
                                                  pemilik yang sah.
                                                                                      Tidak
                                                                                  menyebarkan
                                                                                sebarang maklumat
                   Berkomunikasi                                                 palsu atau diragui
                  secara berhemah                                               kesahihannya yang
                    dalam talian.                                                boleh menggugat
                                                                               ketenteraman awam.


                                                     EtiKA
                                                PENGGUNAAN
                                                  tEKNoLoGi
           4                                  mAKLUmAt DAN

          UNIT                                   KomUNiKAsi


                                                                                      Tidak
                      Berintegriti                                               menceroboh dan
                  dalam memberikan                                                menyebarkan
                   maklumat yang                                                 virus yang boleh
                 betul untuk sebarang                                          melumpuhkan sesuatu
                     penggunaan                                                 sistem yang dimiliki
                     dalam talian.                                                oleh pihak lain.


                                                       Tidak
                                                  mengeksploitasi
                                                   maklumat dan
                                                   data peribadi
                                                    pihak lain.




             46
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59