Page 110 - Buku Pengurusan 2021
P. 110
Agenda:
• Nyanyian Lagu Sekolah
• Ucapan guru-guru penyelaras/penasihat kelab/persatuan dan badan
beruniform
• Bersurai menjalankan aktiviti masing-masing.
2.5. Mengadakan majlis penyampaian sijil/ hadiah bagi murid yang berjaya dalam sebarang
aktiviti kokurikulum untuk menyuntik semangat bagi meningkatkan pencapaian
kokurikulum dari semasa ke semasa.
2.6. Mengadakan perjumpaan dengan murid secara berkala mengikut keperluan.
2.7. Memberi insentif/ anugerah kepada murid yang membuktikan kecemerlangan dalam
kokurikulum.
Pengurusan Aktiviti
2.8. Perancangan - Disiapkan sebelum sesi awal tahun persekolahan bermula dan
dimasukkan ke dalam takwim.
2.9. Pelaksanaan - Dilaksanakan mengikut perancangan kecuali atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.
▪ Aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam
3.30 - 6.30 petang.
▪ Aktiviti sukan dan permainan akan diadakan pada setiap hari
Selasa dan Khamis jam 5.00 - 6.30 petang.
2.10. Pemantauan - Dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan perancangan
dapat dilaksanakan atau dapat diubahsuaikan berdasarkan
keperluan dan keadaan.
2.11. Laporan - Laporan bagi setiap aktiviti (seperti pertandingan, perkhemahan,
penglibatan dan sebagainya) dibuat mengikut format yang
disediakan. Laporan dalam talian (SBP), PAJSK dan Google
Document sekolah perlu sentiasa dikemaskini.
2.12. Penilaian - Membuat penilaian terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan untuk membuat penambahbaikan dari semasa ke
semasa. Memilih Kelab/Persatuan,Badan Beruniform dan Kelab
Sukan Permainan terbaik untuk diberi penganugerahan.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN KOKURIKULUM S.T.A.R, IPOH
1. PENGENALAN
1.1. Kokurikulum ialah aktiviti yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri murid-
murid melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Jenis-jenis aktiviti kokurikulum sepatutnya
dapat menyediakan situasi yang menarik untuk meningkatkan kesan-kesan positif dalam
pembelajaran. Penglibatan murid-murid juga harus dapat memperkembangkan ilmu
pengetahuan, meningkatkan akhlak, memupuk rasa tanggungjawab dan berkeupayaan
mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran negara.
1.2. Penglibatan murid-murid dalam kokurikulum akan memberi peluang kepada mereka
mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam kegiatan yang dipilih.
1.3. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan penguasaan
dan kemahiran asas bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan.
Nilai dan sikap adalah teras dalam proses pembentukan diri murid itu.
1.4. Aktiviti kokurikulum di S.T.A.R meliputi segala kegiatan luar bilik darjah seperti sukan,
badan beruniform dan kelab/persatuan. Kegiatan-kegiatan ini harus mengandungi unsur-
unsur perkembangan nilai dan norma masyarakat. Penyertaan murid-murid boleh
membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan mereka warganegara yang berilmu
pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
105

