Page 111 - Buku Pengurusan 2021
P. 111
2. RASIONAL
2.1. Rancangan dan aktiviti kokurikulum di sekolah ini adalah selaras dengan perakuan
Laporan Kabinet dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2. Aktiviti kokurikulum adalah suatu alat yang penting bagi mewujudkan interaksi dan
integrasi dalam kalangan murid, membina sahsiah bersepadu untuk melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.3. Aktiviti kokurikulum juga sebagai pengisian masa lapang murid yang berfaedah, memberi
kegembiraan serta kesihatan yang baik dalam meningkatkan kecemerlangan murid.
3. OBJEKTIF
3.1. Memberi kesempatan kepada murid-murid memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari.
3.2. Bagi mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri ke arah kecemerlangan
kokurikulum di S.T.A.R.
3.3. Menanam kesedaran positif terhadap sukan dalam kalangan murid-murid.
3.4. Sebagai persediaan masa depan untuk murid-murid melibatkan diri dalam kegiatan
masyarakat.
3.5. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan intergrasi dalam kalangan murid melalui
kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.
3.6. Membantu dan mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3.7. Untuk membolehkan lebih ramai lagi murid-murid yang akan mewakili negeri dan negara
dalam aktiviti kokurikulum.
3.8. Meningkatkan disipliln murid-murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap
positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Kebangsaan.
3.9. Menjadikan murid-murid individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam
sebarang tugas.
3.10. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid
dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul.
3.11. Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
Alumni, ibu bapa dan masyarakat setempat.
3.12. Memupuk perasaan cinta kepada alam sekitar dan menggalakkan nilai-nilai etika yang
sihat menuju ke arah hidup yang lebih maju.
4. JAWATANKUASA KOKURIKULUM
4.1. BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM.
4.1.1. Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum di S.T.A.R, IPOH.
4.1.2. Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program aktiviti
kokurikulum di S.T.A.R, Ipoh.
4.1.3. Sentiasa mengemaskini maklumat terbaru penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum dalam Google Document sekolah, Sistem Online SBP, SBT dan
PAJSK.
4.1.4. Menentukan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berkesan dan
berterusan sepanjang tahun persekolahan.
4.1.5. Menyelesaikan masalah berbangkit mengenai aktiviti kokurikulum.
4.1.6. Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal aktiviti kokurikulum.
4.1.7. Mendapatkan laporan mengenai aktiviti-aktiviti setiap bidang kokurikulum untuk
diserahkan kepada Jawatankuasa Majlis Kokurikulum S.T.A.R, Ipoh.
4.1.8. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan aktiviti-aktiviti kokurikulum di
S.T.A.R, Ipoh dan disampaikan kepada pihak berkuasa sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
4.1.9. Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Kokurikulum S.T.A.R, Ipoh.
4.1.10. Mengurus penilaian aktiviti kokurikulum.
106

